Program KDB bersama Biro Wanita Sepupok 2020

6 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Januari 2020 hari Ahad, seramai 10 orang peserta telah menghadiri program KDB bersama Biro Wanita Kampung Sepupok yang bertempat di Bilik Latihan PI Niah Suai dan yang hadir merupakan golongan surirumah tangga.

Tujuan program ini diadakan merupakan unuk mendedahkan peserta kepada perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) dimana peserta didedahkan dengan aktivis penipuan yang semakin berleluasa (scammer).

Peserta yang datang didedahkan dengan berbagai contoh aktivis penyamaran yang sering berlaku lantas peserta diberikan ruang untuk berkongsi pengalaman sekiranya pernah hamper ditipu atau pernah ditipu. Ia juga sebagai cara untuk merapatkan jurang silaturahim diantara peserta dan staff.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali